SAHABAT yg baik
Saturday, 8 November 2014 ✿ 16:48 ✿ 0 D'C E N D E R E L L A(s)
Assalamualaikum w.b.t ♥
Setelah sekian lamanya tak mengupdate segala macam cerita dalam ruangan ni, alhamdulillah harini diberi kesempatan untuk ringankan jari jemari untuk kembali aktif dalam ruangan ni.
Banyak sangat benda yg ingin dikongsi tapi rasanya kalau cerita semua pun sampai esok belum tentu habis.
Harini nak cerita pasal SAHABAT .
Semua orang kat dunia ini inginkan sahabat yang baik, sahabat yg selalu ada dengan kita disaat suka dan duka. Tapi macam semua orang sedia maklum, zaman sekarang ni mana ada dah kawan yg
betul-II baik, mana ada dah kawan yg ikhlas. betuk ke tak ?? kalau tak betul boleh ke tolong tunjuk sikit kawan yg BAIK yg awak maksudkan tu ? boleh ?
Bukan lah tak ada langsung, tapi susah sangat nak jumpa kawan yg betul-II baik zaman sekarang ni..humm.:')
Sahabat yg baik itu adalah sahabat yg pabila kamu melihat wajahnya,kamu teringat akan Allah.Sahabat yg baik itu adalah sahabat yg apabila kamu mendengar kata-IInya menambahkan ilmu agama.Sahabat yg baik itu adalah sahabat yg apabila kamu bersamanya akan membuatkan kamu selesa dan gembira bersamanya.
CIRI-II SAHABAT YG BAIK
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatanya dengan kamu.
TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati.
Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN.
Dalam 3 rasa itu dselitkan 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA.
Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI.
Dalam 5 prkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI.
Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.